Siapakah yang Membunuh Goliath?

Pertanyaan :

Siapakah yang membunuh Goliath? Baca lebih lanjut

Iklan

Arab Adalah Bangsa Non Israil Pertama Yang Mendengar Injil

Kisah orang Majusy dalam Injil Matius 2:1-12 sangatlah menarik.
Majusy adalah salah satu suku yg berasal dari Timur. Kata “Timur” disini tidak sekedar Baca lebih lanjut

Pengakuan Jesus Dalam Injil Barnabas

Pengakuan Jesus

Injil Barnaba. Fasal 93

1. Di kala itu Jesus mengangkat tangannya memberi isyarat supaya diam.
2. Sambil berkata:”Sesungguhnya kamu telah sesat yang amat besar wahai orang-orang Israil kerana kamu telah memanggil aku ini Tuhan kamu sedangkan aku adalah manusia”.
3. Dan sesungguhnya aku takut kerana ini, Allah akan menurunkan malapetaka yang dahsyat di kota suci ini dan menyerahkannya untuk penghambaan orang-orang asing.
4. Terkutuklah syaitan yang menggoda kamu dengan seribu kutukan.
5. Ketika Jesus mengatakan ini, ia menampar mukanya dengan kedua-dua belah tangannya.
6. Maka berikutan itu terjadilah ratap tangis yang kuat sehingga tidak seorang pun dapat mendengar apa yang dikatakan oleh Jesus.
7. Kemudian, kerana sebab itu Jesus mengangkat tangannya sekali lagi memberi isyarat supaya diam.
8. Dan manakala tenanglah ratap tangis orang ramai itu, ia bercakap sekali lagi.
9. “Aku bersaksi di hadapan langit dan aku bersaksikan segala sesuatu di atas bumi ini bahawa aku adalah suci daripada apa yang kamu katakan.
10. Kerana aku ini manusia, dilahirkan daripada seorang perempuan yang boleh binasa, bersifat sebagai manusia dan terdedah kepada hukum Allah, merasa kesusahan makan, dan tidur, menderita sejuk dan panas seperti sekelian manusia.
11. Oleh sebab itu bila Allah datang untuk menghukum, akan jadilah ucapanku ini seperti pedang yang akan memotong setiap mereka yang percaya bahawa aku ini lebih agung daripada manusia.
12. Dan manakala Jesus mengatakan ini, ternampak sekumpulan tentera berkuda, lalu tahulah dia bahawa tuan gabenur bersama Herodes dan ketua pendeta sedang datang.
13. Maka Jesus pun berkata:”Barangkali mereka itu juga sudah menjadi gila”
14. Manakala tuan gabenur bersama Herodes dan ketua pendeta sampai di sana mereka sekaliannya turun berjalan kaki.
15. Terus mengelilingi Jesus sehingga puak tentera tidak dapat menahan orang ramai yang ingin mendengar Jesus bercakap dengan pendeta.
16. Maka Jesus mendekati pendeta itu dengan hormtanya tetapi pendeta itu ingin sujud kepada Jesus.
17. Lalu Jesus pun berteriak:”Takutilah apa yang engkau perbuatkan ini wahai pendeta Allah yang hidup, janganlah berbuat salah terhadap Allah.
18. Jawab pendeta itu:”Bahawa Yahudi telah gempar kerana mukjizat-mukjizat dan pengajaran-pengajaran anda sehingga mereka itu berterus-terang mengatakan anda ialah Allah, maka terpaksalah saya dengan sebab orang ramai datang ke mari berserta tuan gabenur Rom dan Raja Herodes.
19. Maka kami harapkan dengan sepenuh hati kami supaya anda sudi menghilangkan fitnah yang telah timbul dengan sebab anda.
20. Kerana sebahagian mengatakan bahawa anda ialah Allah dan yang lain pula bahawa anda ialah putera Allah dan sebahagian lagi mengatakan anda ialah Nabi.
21. Jawab Jesus:”Dan engkau wahai ketua pendeta Allah, mengapakah tidak memadamkan fitnah itu?
22. Adakah engkau juga telah menjadi gila?
23. Adakah kenabian-kenabian dan syariat Allah sudah dilupai sama sekali wahai Yahudi yang celaka yang telah disesatkannya oleh syaitan?

Injil Barnaba. Fasal 94

1. Selepas Jesus mengatakan ini, ia kembali mengatakan:” Sesungguhnya aku bersaksi di hadapan langit dan aku bersaksikan segala sesuatu di atas bumi ini bahawa aku adalah bersih daripada apa yang dikatakan oleh orang mengenai aku bahawa aku ini lebih agung daripada manusia”
2. Kerana aku ini adalah manusia yang dilahirkan daripada seorang perempuan dan terdedah kepada hukum Allah aku hidup seperti sekelian manusia terdedah kepada kesusahan-kesusahan.
3. Demi Allah yang diriku berdiri dihadhiratNya, bahawa engkau wahai pendeta, sesungguhnya engkau telah melakukan suatu dosa yang besar dengan perkataan yang telah engkau ucapkan itu.
4. Muga-muga Allah mengasihi kota suci ini sehingga sesuatu malapetaka besar tidak akan menimpakannya kerana kesalahan ini.

written by

Mohamad Nabzrol Amirul Nazril